NO 122 TAMAN UNIVERSITI, KG. GELANG MAS,
17010 PASIR MAS, KELANTAN.

Waktu Operasi:
Sabtu - Khamis : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tuesday, 18 August 2015

Rawatan yang disediakan

AKUPUNKTUR


APAKAH PERUBATAN AKUPUNKTUR

Akupunktur adalah satu sistem perubatan China yang merawat pesakit dengan menggunakan tusukan jarum-jarum halus ditempat-tempat tertentu badan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Rawatan akupunktur tidak menyakitkan dan amat berkesan untuk menghilangkan kesakitan tanpa menggunakan sebarang dadah atau racun.


APAKAH ISTIMEWA RAWATAN AKUPUNKTUR

Merawat pesakit dengan aman, tidak menyakitkandan mesra pelanggan (human friendly). Rawatan akupunktur sepertimana yang diluluskan oleh WHO amat bagus untuk merawat :

Sebarang kesakitan urat saraf, migrain, strok, bell palsy, lumpuh, kesan kemalangan, sakit pinggang atau lumbago, slip disc, sakit lutut dikalangan orang tua, gastrik, sakit bulanan, kebas kaki atau tangan dan lain-lain.


HOMEOPATHY

APAKAH PERUBATAN HOMEOPATHY

Homeopathy berasal dari German dan diasaskan oleh Prof Dr Samuel Hahneman pada tahun 1810. Sistem perubatan ini amat popular di Eropah sehingga hari ini. England, Italy dan France umpamanya mempunyai Hospital Homeopathy yang tersohor di Eropah. Di England baginda Queen sendiri secara tradisinya menjadi penaung kepada Royal London Homeopathic Hospital.
Di Malaysia sistem perubatan Homeopathy ini dipopularkan oleh Almarhum Prof Dr Nik Omar melalui Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia dan Persatuan Pengamal Perubatan Homeopathy Berdaftar Malaysia.


KELEBIHAN HOMEOPATHY

Dapat merawat kes-kes kronik seperti migrain, sakit pinggang, fibroid, haid tidak teratur, kemandulan, resdung, gastrik, sakit urat saraf, kencing manis, darah tinggi, batuk kronik, asma di kalangan kanak-kanak, kurang selera makan, untuk merawat cergas minda, strok dan lain-lain.
Rawatan Homeopathy juga bagus untuk wanita dan kanak-kanak serta sakit orang-orang tua.


BEKAM

KELEBIHAN BEKAM

Berbekam banyak manfaatnya diantaranya ialah untuk membuang racun toksik dipermukaan kulit atau lebih dikenali sebagai detoxfikasi darah iaitu dengan cara membuang angin atau darah kotor dari badan. Bagi orang yang takut dengan darah, memadai dengan berbekam angin (dry cupping)
“sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan” sabda Rasulullah SAW
(Mukhtashar Muslim, Shahihul Jaami’)

















Selamat Datang Ke BLOGGER

Pusat Perubatan
Homeopathy & Acupunture Dr Nik Omar


Prof Dr Nik Omar adalah Pengasas Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia & MRHP pertama di Kelantan pada tahun 1979, Beliau adalah salah seorang pakar homeopathy &acupuncture terkemuka. Kini 3 orang anak-anak beliau mewarisi kepakaran ilmu perubatan homeopathy & acupuncture di Malaysia.
Kami telah membuka beberapa buah cawangan antaranya, Pasir Mas Kelantan, Gong Badak Terengganu, dan Bangi Kuala Lumpur.
Perkhidmatan yang ada di klinik kami : Rawatan Homeopathy, Acupunture China & Bekam (kami ada sediakan kursus kepada sesiapa yang berminat).
Rawatan yang di sediakan : stroke, bell palsy, sakit urat saraf, migrian, masalah wanita, haid tidak teratur, fibroid, keputihan, kecederaan kemalangan, medu, darah tinggi, kencing manis. Di klinik kami juga ada beberapa jenis ubat seperti ubat mudah bersalin, cergas minda, kuat lelaki, ubat kuning bayi dan lain-lain.

Waktu bertugas : Tiap-tiap hari pukul 9.00 pagi-6.30 petang. 
                   Maklumat lanjut : Tel 01128942913
(Pengurus Klinik : Nik Badrul Hakim Bin Prof Dr Nik Omar, D.F.Hom,BHMS,D.Ac)



Monday, 17 August 2015

PUSAT PERUBATAN ACUPUNCTURE & HOMEOPATHY DR NIK OMAR


LOT PT 35398-1 DATARAN AUSTIN JALAN GONG BADAK, KAMPUNG WAKAF TEMBESU, 21300 KUALA TERENGGANU