Rawatan yang disediakan
AKUPUNKTUR
APAKAH PERUBATAN AKUPUNKTUR
Akupunktur
adalah satu sistem perubatan China yang merawat pesakit dengan menggunakan
tusukan jarum-jarum halus ditempat-tempat tertentu badan untuk menyembuhkan
sesuatu penyakit. Rawatan akupunktur tidak menyakitkan dan amat berkesan untuk
menghilangkan kesakitan tanpa menggunakan sebarang dadah atau racun.
APAKAH ISTIMEWA RAWATAN AKUPUNKTUR
Merawat
pesakit dengan aman, tidak menyakitkandan mesra pelanggan (human friendly).
Rawatan akupunktur sepertimana yang diluluskan oleh WHO amat bagus untuk
merawat :
Sebarang
kesakitan urat saraf, migrain, strok, bell palsy, lumpuh, kesan kemalangan,
sakit pinggang atau lumbago, slip disc, sakit lutut dikalangan orang tua,
gastrik, sakit bulanan, kebas kaki atau tangan dan lain-lain.
HOMEOPATHY
APAKAH PERUBATAN HOMEOPATHY
Homeopathy
berasal dari German dan diasaskan oleh Prof Dr Samuel Hahneman pada tahun 1810.
Sistem perubatan ini amat popular di Eropah sehingga hari ini. England, Italy
dan France umpamanya mempunyai Hospital Homeopathy yang tersohor di Eropah. Di
England baginda Queen sendiri secara tradisinya menjadi penaung kepada Royal
London Homeopathic Hospital.
Di
Malaysia sistem perubatan Homeopathy ini dipopularkan oleh Almarhum Prof Dr Nik
Omar melalui Fakulti Perubatan Homeopathy Malaysia dan Persatuan Pengamal
Perubatan Homeopathy Berdaftar Malaysia.
KELEBIHAN HOMEOPATHY
Dapat
merawat kes-kes kronik seperti migrain, sakit pinggang, fibroid, haid tidak
teratur, kemandulan, resdung, gastrik, sakit urat saraf, kencing manis, darah
tinggi, batuk kronik, asma di kalangan kanak-kanak, kurang selera makan, untuk
merawat cergas minda, strok dan lain-lain.
Rawatan
Homeopathy juga bagus untuk wanita dan kanak-kanak serta sakit orang-orang tua.
BEKAM
KELEBIHAN BEKAM
Berbekam
banyak manfaatnya diantaranya ialah untuk membuang racun toksik dipermukaan kulit
atau lebih dikenali sebagai detoxfikasi darah iaitu dengan cara membuang angin
atau darah kotor dari badan. Bagi orang yang takut dengan darah, memadai dengan
berbekam angin (dry cupping)
“sesungguhnya
dengan berbekam itu terdapat kesembuhan” sabda Rasulullah SAW
(Mukhtashar Muslim, Shahihul Jaami’)
No comments:
Post a Comment