NO 122 TAMAN UNIVERSITI, KG. GELANG MAS,
17010 PASIR MAS, KELANTAN.

Waktu Operasi:
Sabtu - Khamis : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Friday, 25 November 2016

DIABETES MELITUS






PENGERTIAN DIABETES MELITUS


Diabetes melitus atau kencing manis merupakan penyakit kronik yang ditandai dengan kelainan metabolik akibat dari kurangnya proses insulin oleh pankreas atau mungkin juga kerana kurangnya respon tubuh terhadap insulin, atau mungkin juga akibat dari adanya pengaruh hormon lain yang mengganggu kerja memproses insulin.
Penyakit kencing manis terjadi ketika pankreas tidak lagi memproses insulin dalam jumlah yang cukup, atau  tubuh Anda menjadi kurang sensitif terhadap insulin yang dihasilkan fungsi tubuh dari Hormon Insulin iaitu untuk mengubah Glukosa menjadi tenaga. Jika proses insulin berkurang atau tidak efektif maka kadar Glukosa darah menjadi tidak terkawal dengan optimal dan terjadinya penyakit Diabetes Melitus.

Gejala Penyakit kencing manis:
  • Rasa haus yang berlebihan dan mulut sentiasa rasa kering
  • Sering membuang air kencing (kebiasaannya terjadi pada sebelah malam)
  •  Sering terasa lapar
  • Penurunan berat badan
  • Penglihatan kabur
  • keletihan berlebihan









No comments:

Post a Comment